Bila seronok, aku cari...pasanganku
Bila sedih, aku cari..ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada..pasangangku
Bila gagal, aku ceritakan pada...ibu
Bila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat...ibuku
Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...ibu
Bila sambut anniversarry, aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
selalu...aku ingat pasanganku
selalu...ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon pasanganku
Entah bila...aku nak telefon ibu
selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila....aku nak belikan hadiah untuk ibu
Renungkan :
"Kalu kau sudah habis belajar dan bekerja...bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak..lima puluh ringgit sebulan pon cukuplah.."
Berderai air mata jika kita mendengarnya...
Tapi kalau ibu sudah tiada....
Ibuuuuu....Rindu Ibu.....Rindu sangat...
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....
Dan akhir skali berapa ramai yang sembahyang jenazah ibunya....
Oleh itu, sentiasalah menjaga hati ibu tersayang...layan lah dia seperti harta yang tidak ternilai kerana tanpanya tiada lah kita di dunia ni..Semasa kecil ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk membesarkan kita, bagi makan supaya tidak kebuluran, bagi pakaian supaya menutup aurat, bagi duit untuk kemudahan hidup..dan yang paling penting bagi kasih sayang supaya kita rasa hidup seperti manusia... Pada aku, ibuku adalah anugerah Allah yang terbaik dalam hidup ini..tiada pengganti, tiada tandingan, dan tiada yang setanding dengannya... Sheda sayang ibu...... Selamat hari ibu untuk ibuku tersayang.....
0 Yorum var:
Sen de yaz